Iran di bawah pimpinan Khomeini tertegak dan bersendikan ideologi Syia'h Imamiyah Ithna 'asyariyyah dan Khomeinyyah, ramai umat Islamterkeliru dengan revolusi Iran cetusan Khomeini itu, ulamak di benua India tampil menfatwakan tentang kufurnya Syi'ah Imamiyah Ithna 'asyaariyyah yang menjadi pegangan Khomeini dan penguasa-penguasa di Iran sekarang. Tidak ada sedikit pun perbezaan di antara ajaran Imamiyyah sekarang dengan Imamiyyah dahulu.
FATWA 'ULAMA' DI BENUA KECIL INDIA TENTANG KEKUFURAN SYI'AH
Oleh kerana golongan Syi'ah atau Rafidhah itu adalah satu golongan yang mempunyai kepercayaan dan 'aqidah-'aqidah yang bercanggah sama sekaii dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. dan kemudiannya disebarkan oleh para sahabatnya ke serata dunia, maka seperti yang telah disebutkan sebelum ini, para 'ulama' Islam di zaman dahulu telah mengeluarkan mereka dari Islam. Demikianlah sikap 'ulama' Islam sejak dahulu sehingga pada tahun 1928 ketika mana ajaran-ajaran Syi'ah tidak tersembunyi lagi kepada 'ulama'-'ulama' Islam di benua kecil India. Maka mereka mengeluarkan fatwa bahawa Syi'ah bukan dari golongan Islam.
Di sini penulis akan menterjemahkan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Maulana Mufti Muhammad 'Abdul Syakur pada tahun 1928 dan disokong oleh berpuluh-puluh tokoh-tokoh 'ulama' ulung pada masa itu. Fatwa ini dikeluarkan oleh beliau ketika ditanya oleh seorang hamba Allah. Pertanyaan itu berbunyi, "Apa kata 'ulama' dan para mufti berhubung dengan Syi'ah Imamiyyah Ithna 'Asyariyyah, adakah mereka itu Islam atau terkeluar dari Islam? Adakah harus berkahwin dengan mereka dan memakan sembelihan mereka? Adakah harus menyembahyangkan jenazah mereka atau turut serta dalam meraikan jenazah mereka? Adakah harus menerima derma khairat dari mereka untuk pembinaan masjid atau tidak?"
Soalan-soalan tersebut dijawab oleh beliau begini;
"Syi'ah Imamiyyah Ithna Asyariyyah terkeluar dari Islam. Oleh kerana sesetengah ulama' kita terdahulu tidak mengetahui hakikat ajaran Syi'ah kerana mereka (Syi'ah) menyembunyikannya dan kitab-kitab mereka juga tidak ditemui, maka mereka tidak mengkafirkan golongan Syi'ah berdasarkan sikap bercermat dalam menghukum. Tetapi hari ini kitab-kitab mereka itu boleh didapati di mana-mana dan hakikat ajaran mereka sudah terserlah. Kerana itu semua ulama'-'ulama' muhaqqiqin sepakat mengkafirkan mereka. Mengingkari dharuriati ad-din (perkara-perkara yang diketahui umum sebagai ajaran Islam) tidak syak lagi merupakan kekufuran.
Al-Qur'an adalah di antara dharuriati ad-din yang paling tinggi dan paling jelas dan Syi'ah Imamiyyah Ithna 'Asyariyyah, sama ada 'ulama' mutaqaddimin atau muta'akhirin mereka, mengatakan al-Qur'an yang ada sekarang sudah diselewengkan. Di dalam kitab-kitab mereka yang mu'tabar terdapat lebih 2000 riwayat berhubung dengan penyelewengan yang telah berlaku di dalam al-Qur'an. Di dalamnya disebutkan 5 macam tahrif al-Qur'an (penyelewengan al-Qur'an):-
i) Pengurangan
ii) Penambahan
iii) Penukaran perkataan-perkataan
iv) Penukaran huruf
v) Kerosakan susunan-susunannya berlaku pada surah- surah, ayat-ayat dan kalimat-kalimatnya.
'Ulama' mereka terus menerus mengakui riwayat tahrif pada kelima-lima macam yang tersebut di atas dan mereka mengatakan riwayat itu adalah riwayat mutawatir dan jelas menunjukkan telah berlakunya tokok tambah dalam al-Qur'an dan kepercayaan mereka adalah menurut riwayat tersebut.
Di kalangan 'ulama' Syi'ah terdapat hanya 4 orang yang menafikan tokok tambah atau tahrif di dalam al-Qur'an. Mereka ialah:-
i) Syeikh Shaduq Ibn Babwaih al-Qummi
ii) As-Syarif Murtadha
iii) Abu Ja'far at-Tusi
iv) Abu 'Ali at-Tabarsi (Pengarang Tafsir Majma'ul Bayari)
Pendapat keempat-empat tokoh Syi'ah ini bertentangan dengan riwayat-riwayat yang mutawatir di sisi mereka dan tidak beralasan pula. Kerana itulah 'ulama'-'ulama' Syi'ah sendiri telah menolak pendapat-pendapat mereka itu. Keterangan yang jelas dapat dilihat di dalam buku saya "Tanbihu Al-Ha 'irin ".
'Allamah Bahrul 'Ulum Firanggi Mahalli di peringkat permulaannya memfatwakan Syi'ah sebagai golongan Islam tetapi setelah beliau membaca kitab Tafsir Majma'ul Bayan, yakinlah beliau bahawa Syi'ah beri'tiqad bahawa al-Qur'an yang ada sekarang telah ditahrifkan (ditokok tambah). Kerana itu beliau kemudiannya memfatwakan kufurnya Syi'ah di dalam kitab beliau "Fawatihu Ar-Rahamut Syarah Musallamu Ath-Thubut". Di dalam buku tersebut beliau menulis... "Orang-orang yang beri'tiqad tentang berlakunya tokok tambah dalam al-Qur'an tidak boleh disyak lagi tentang kafirnya."
Ringkasnya, kekufuran Syi'ah berdasarkan 'aqidah mereka terhadap tahrif al-Qur'an adalah satu perkara yang tidak dapat diragui lagi. Selain dari itu terdapat banyak lagi 'aqidah-'aqidah lain pada mereka yang menyebabkan kekufuran mereka seperti 'aqidah bada', menuduh Ummahatul Mukminin dan lain-lain dalam keadaan tidak ada kemungkinan mereka mentakwil lagi 'aqidah-'aqidah ini. Kerana itu tidak harus berkahwin dengan golongan Syi'ah. Haram memakan sembelihan mereka. Begitu juga tidak harus menyembahyangkan jenazah mereka dan tidak boleh menyuruh mereka menyembahyangkan jenazah orang-orang Islam.
Mengikut ajaran agama Syi'ah di dalam kitab-kitab mereka, orang-orang Syi'ah diajarkan supaya berdoa kepada jenazah orang-orang Islam begini;... "Ya Allah! Penuhkanlah kuburnya dengan api dan curahkanlah azab-Mu ke atasnya..."
Sekian, wallahu a'lam.
Ditulis oleh: Ahqaru al-'lbad
Muhammad 'Abdul Syakur,
'Aafaahu maulaahu.
Fatwa beliau ini telah disokong oleh 'ulama'-'ulama' lain dengan mengeluarkan fatwa yang tersendiri atau dengan mengatakan jawapan ini benar dan masing-masing 'ulama' yang telah menyetujuinya menurunkan tandatangan mereka di atas fatwa tersebut.
Yang mula-mula sekali menurunkan tandatangan untuk membenarkan fatwa ini ialah Mufti Darul 'Ulum. Deoband, Maulana Mufti Riadhuddin. Beliau juga telah menuliskan tarikh di situ iaitu 19 Safar 1348 H. Di bawahnya terdapat tandatangan 'ulama'-'ulama' lain lagi. Di bawah ini disenaraikan nama-nama 'ulama' yang telah menurunkan tandatangan di atas fatwa tersebut menurut tertibnya sebagaimana terdapat di dalam warqah fatwa yang telah dicetak kemudiannya.
1. Maulana Sayyid Muhammad Murtadha Hasan Chanpuri (Pengetua Bahagian Pelajaran & Pendidikan, Darul 'Ulum, Deoband).
2. Maulana Muhammad l'zaz 'All (Syeikhul Fiqh Wal Adab, Darul 'Ulum, Deoband).
3. Maulana Mufti Mahdi Hasan Syahjahanpuri.
4. Maulana Hamid Hasan Deobandi.
5. Maulana Mufti Mas'ud Ahmad.
6. Maulana Mufti Muhammad Syafi' (kemudiannya telah menjadi Mufti Besar di Pakistan).
7. Maulana Muhammad Rasul Khan.
8. Maulana Muhammad Yamin.
9. Maulana 'Abdul as-Sami'.
10. Maulana Nabih Hasan.
11. Maulana Asghar Ali.
12. Maulana Husain Ahmad Madani (Syeikhul Hadits Darul 'Uloom, Deoband).
13. Maulana Muhammad Ibrahim.
14. Maulana'Abdul Wahid.
15. Maulana Muhammad Anwar.
16. Maulana Khalil Ahmad.
17. Maulana Sayyid Asghar Husain.
18. Maulana Muhammad Tayyib (Pengetua Darul 'Uloom, Deoband).
19. Maulana Muhammad Chiragh.
20. Maulana Muhammad 'Abdul 'Aziz.
21. Maulana Hafiz 'Abdul Rahman.
22. Maulana Anwarul Haq.
23. Maulana Abu at-Tayyib Muhammad Manzur.
24. Muhammad Syabbir Ahmad 'Utsmani (Syeikhul Tafsir Jami'ah Islamiyah, Dabhil).
25. Maulana Mufti Zuhur Ahmad Bihari (kemudiannyamenjadi Mufti di Darul 'Uloom, Nadwatul 'Ulama').
26. Maulana Muhamad Asbath.
Fatwa ini bersama nama-nama 'ulama' yang menurunkan tandatangannya diambil dari risalah:-
Kia Syi'ah Ithna 'Asyariyyah Hazrat Musalman Hein 1928 Masihi Ka 'ulama' Kiram Ka Muttafiqa Fatwa
Oleh: Maulana Muhammad ManzurNu'mani dan Maulana 'Abdul Syakur Lucknowi
Perlu diketahui bahawa selain dari 'ulama'-'ulama' yang tersebut itu, ramai lagi yang telah mengeluarkan fatwa yang tersendiri di benua kecil India. Saya tidak bermaksud menukilkan kesemua fatwa-fatwa mereka di sini. Akhir-akhir ini nampaknya 'ulama'-'ulama' 'Arab juga telah mengeluarkan fatwa yang sama seperti yang pernah dikeluarkan oleh 'ulama' di benua kecil India tentang Syi'ah. Di antara tokoh* 'ulama' 'Arab yang telah memfatwakan kafir Syi'ah Imamiyyah Ithftdf 'Asyariyyah termasuk pemimpin mereka yang terkenal, Khomeini, ialah Syeikh Sa'id Hawwa, Syeikh 'Abdul 'Aziz bin Baz, Syeikh Nasiruddin al-Albani dan lain-lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.