Jumaat, 28 Januari 2011

MUQADDIMAH

Mulai sekarang saya akan menerbitkan secara bersiri buku “ Syi’ah Rafidhah ; Di antara kecuaian ulama dan kebingungan ummah” karangan Maulana Asri Yusoff
Siri 2:
MUQADDIMAH

Buku ini ditulis ekoran polemik Sunnah-Syi'ah di dalam akhbar-akhbar tempatan sejak akhir-akhir ini. la menimbulkan berbagai-bagai tanggapan sehingga ada di antara masyarakat yang kononnya memilih jalan tengah dalam soal ini dengan mengambil sikap bahawa isu Sunnah-Syi'ah adalah suatu isu yang tidak sepakat pendapat para 'ulama' mengenainya sejak dahulu sampai sekarang. Ada di antara 'ulama' yang mengkafirkan Syi'ah dan ada pula di antara mereka yang menganggap Syi'ah sebagai salah satu mazhab di dalam Islam, tak ubah seperti kedudukan mazhab Maliki atau Hanafi.
Jika demikianlah keadaan 'ulama' dari dahulu sampai sekarang, kenapakah kita sibuk berpolemik dan bertengkar tentangnya?
Walaupun mereka berada dalam kebingungan lantaran perbezaan pendapat 'ulama' tentang isu ini, tetapi mereka pada hakikatnya telah memilih satu sikap. Lebih menyedihkan lagi, ada satu golongan dari masyarakat kita yang menganggap Syi'ah lebih baik dan lebih kukuh hujjahnya dari Ahli Sunnah, maka mereka terus mengamalkan ajaran- ajaran Syi'ah atau cuba mempengaruhi orang lain kepada fahaman Syi'ah pada hal mereka sendiri pun masih belum lagi mengenali hakikat Syi'ah vang sebenarnya.
Di dalam buku kecil ini kita akan membentangkan titik-titik perbezaan di antara 'ulamak yang berbeza-beza pendapat itu. Kita akan cuba membentangkan faktor-faktor yang menyebabkan para 'ulama' tidak sekata di dalam soal ini. Benarkah Syi'ah itu hanya satu mazhab dari mazhab-mazhab dalam Islam atau ia bukan dari ajaran Islam?
Untuk menentukan perkara ini, bukanlah satu perkara mudah. la memerlukan satu kajian yang mendalam dan penelitian terhadap buku- buku yang pernah ditulis oleh 'ulama' Islam tentang isu ini. Keputusan tentangnya tidak harus dibuai semata-mata berdasarkan khabar-khabar angin atau berdasarkan fatwa-fatwa yang tidak berasaskan kajian ilmiah kerana jika Syi'ah Islam, bererti kita telah menuduh satu golongan Islam sebagai bukan Islam dan ini tentunya merupakan satu fitnah yang sangat besar. Tetapi jika Syi'ah bukan Islam, bererti kita membuka jalan kebinasaan atas nama Islam kepada generasi seterusnya dan tentunya dosa ini akan ditanggung oleh ahli-ahli ilmu yang cuai dalam melaksanakan tanggungjawabnya.
Sampai masa ini masih belum kedengaran lagi fatwa yang jelas daripada mana-mana badan agama di tanah air kita secara tegas dan terbuka, walaupun ada beberapa buah buku terbitan institusi-institusi keagamaan seperti Majlis Agama Islam Kelantan dan Perak yang memasukkan Syi'ah Imamiyyah Ithna 'Asyariyyah ke dalam senarai ajaran-ajaran sesat.
Saya kira sudah sampai masanya pihak-pihak yang berkenaan mengambil inisiatif untuk memberikan perhatian khusus berhubung dengan soal ini memandangkan telah nyata dari tulisan-tulisan golongan yang pro-Syi'ah sikap yang tidak sewajarnya ada pada seorang Muslim, lebih-lebih lagi kalau ia mempunyai kedudukan yang penting dalam institusi yang bercorak keagamaan. Golongan pro!Syi'ah ini sanggup mengeluarkan beberapa pandangan yang lahir daripada ajaran Syi'ah seperti mengkafirkan Sayyidina 'Utsman r.a, menuduh sewenang- wenang terhadap imam-imam seperti Bukhari, Muslim dan sebagainya, dan memfitnah para mujtahid seperti Imam Abu Hanifah dengan mengatakan umpamanya beliau berpendapat perempuan pelacur yang mengambil upah tidak dikenakan had dan rujukan yang diberi ialah Al- Muhalla karangan Ibn Hazm (jilid 3 halaman 350) padahal setelah diteliti melalui dua edisi terbitan Mesir dan Beirut, kenyataan itu tidak ada sama sekali.
Saya berharap para pembaca sekalian dapat mengikuti perbahasan di dalam buku ini dengan dada yang terbuka dan hati yang ikhlas demi mencari kebenaran. Kepada para 'ulama' tanah air saya berharap agar mereka jangan hanyut dengan semangat semata-mata ketika menentukan soal Sunnah-Syi'ah ini. Mereka seharusnya mengeluarkan sesuatu kenyataan sama ada melalui ucapan atau tulisan, setelah membuat kajian dan penyelidikan yang rnendalam kerana para 'ulama' yang lalai dan cuai sehingga mengakibatkan kerosakan 'aqidah ummat akan disoal dan dipertanggungjawabkan ke atas mereka dan mereka akan menanggung dosa kecuaian dan kelalaiannya sendiri di samping menanggung juga dosa orang-orang yang telah sesat kerana kecuaian dan kelalaiannya, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:


"Sesiapa yang mengadakan dalam Islam sesuatu cara atau jalan kebaikan. ia akan mendapat pahalanya dan pahala orang yang beramal dengannya sesudahnya dengan tidak kurang sedikitpun pahala mereka. Dan sesiapa yang mengadakan dalam Islam suatu jalan keburukan, ia akan menanggung dosanya dan dosa orang yang beramal dengannya sesudahnya dengan tidak kurang sedikitpun dosa mereka."
(Muslim, Nasa'i, Ahmad)
Muhammad' Asri Yusoff, Kubang Kerian. 2hb. Ogos, 1989

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.