http://www.youtube.com/watch?v=jg-6WrEtGNw&translated=1
beritaislamglobal.blogspot.com (Original English version here)
Berikut  ini adalah petikan temubual dengan Dr. Jamal Al-Din Ibrahim,  seorang  professor toksikologi dari California University, yang  disiarkan dalam  TV Al-Rahman/Al-Rawdha, pada Disember 2, 2010:
Pengacara: Seperti  yang kita tahu, Barat mahu  mengubah wanita jauh dari kesuciannya,  kewanitaannya, dan kemulian yang  dianugerahkan oleh Islam kepadanya,  kepada kehidupan Barat, kepada  lesbianism, kepada "Kenapa wanita tidak  boleh memiliki ramai suami?",  kepada "Kenapa wanita tidak boleh  menikmati seks bebas sebelum  kahwin?", kepada "Kenapa tidak boeh  difokuskan pada wanita sahaja,  seperti di Barat – supaya wanita boleh  bersama wanita, tanpa memerlukan  lelaki, dan lelaki boleh bersama  lelaki, tanpa memerlukan wanita?" Ini  adalah isu-isu yang merbahaya.  Adakah sains mempunyai penjelasan dalam  hal-hal seperti ini?
Jamal Al-Din Ibrahim: Berhubung  dengan  persoalan wanita, masyarakat Amerika sendiri mengakui bahawa  wanita di  Amerika mempunyai kurangnya hak-hak berbanding lelaki. Sebagai  contoh:  Apabila seorang wanita itu berkahwin, beliau akan menggunakan  nama  keluarga suaminya, dan membuang nama keluarganya sendiri. Jika dia   mengahwini A, dia akan menjadi Mrs. A. Sebelum revolusi saintifik, dan   sebelum adanya mesin-mesin, seorang wanita itu akan menjadi hamba kepada   suaminya. Beliau tidak mempunyai apa-apa hak langsung. Ini berlaku   kurang dari 250 tahun yang lampau.
Situasi ini berkembang apabila  wanita diperlukan untuk membantu lelaki  dalam kehidupan moden.  Akibatnya, wanita menjadi semakin maju dalam  banyak aspek, tetapi masih  ketinggalan dalam hal tentang perlunya nama  keluarga mereka dibuang.
Keduanya,  wanita di Amerika dipergunakan seperti barangan. Wanita  dilihat sebagai  barang. Jika seorang wanita itu cantik, maka beliau  mempunyai harga dan  status tertentu dalam masyarakat. Di universiti  pun, professor akan  memberi markah yang lebih baik kepada yang cantik  berbanding yang biasa.  Dalam pengiklanan, wanita yang mempunyai susuk  badan yang lebih menawan  akan memenangi harga yang lebih tinggi.
[...]
Sewaktu  saya masih menuntut di sebuah universiti, sekitar tahun  1975-1977,  mereka menjalankan kaji selidik yang menunjukkan pelajar  wanita Amerika,  yang secara puratanya menghabiskan masa empat tahun di  universiti,  telah melakukan hubungan seks dengan 200-300 pasangan  lelaki dalam  tempoh empat tahun.
Apabila seorang wanita mengadakan hubungan seks  dengan lebih dari  seorang lelaki, ia akan menjejaskan kesihatannya,  kerana hubungan  seperti itu melemahkan sistem immunisasinya. 
Pengacara: Bagaimana sebenarnya?
Jamal Al-Din Ibrahim: Apabila  seorang wanita  itu melakukan hubungan seks dengan lebih dari seorang  lelaki... Bila  dia melakukannya dengan lelaki pertama, tubuhnya cuba  menentukan  identiti sperma lelaki tersebut.
Interviewer: Sebelum siaran ini, awak dah jelaskan tentang proses identifikasi kepada saya.
Jamal Al-Din Ibrahim: Ya,  terdapat satu proses  identifikasi, dan sperma itu didaftarkan dalam  tubuhnya. Ianya seperti  apabila seorang itu memasuki rumah seseorang,  beliau akan dikenali, dan  sama seperti kad pengenalan dihasilkan...  Lelaki ini sekarang  mempunyai kedudukan istimewa. Proses ini  dikendalikan oleh sistem  immunisasi. Ianya seperti apabila seorang  lelaki bekerja untuk syarikat  tertentu, maka pihak syarikat ini akan  berusaha mengenali lelaki  tersebut, dan memberi beliau jawatan yang  betul. Selepas itu, tubuh  wanita tadi dengan mudah mengenalpasti sperma  lelaki itu, yang kini  menjadi sebahagian dari wanita tersebut. Kemudian  datang lelaki lain  dan mengadakan seks dengan beliau. Sekarang sistem  immunisasi terpaksa  mengulangi semula proses tadi.
Pengacara: Sistem immunisasi melakukan banyak kerja untuk mengenalpasti lelaki baru tersebut.
Jamal Al-Din Ibrahim: Ianya  menjadi lebih sukar  apabila terdapat dua lelaki dalam satu masa.  Wanita-wanita di sana  biasa melakukannya. Mereka ada seorang, dua, atau  tiga kekasih, dan  kawan lelaki. Walaupun tidak rapat, wanita ini tetap  melakukan hubungan  intim dengan kawan-kawannya. Ini akan melemahkan  sistem immunisasi. 
Pengacara: Kerana terpaksa melalui terlalu banyak proses identifikasi... 
Jamal Al-Din Ibrahim: Ia  sibuk dengan  identifikasi sepanjang masa akibat hubungan seks dengan  teman yang  pelbagai. Apabila usia wanita itu mencecah 30an atau 40an,  dan selepas  15 tahun terlibat dengan seks, beliau mula dihinggapi  penyakit barah  payudara dan barah rahim, yang mana sudah menjadi  kebiasaan di Amerika.  
Pengacara: Apakah sebabnya?
Jamal Al-Din Ibrahim: Hubungan seks dengan pasangan-pasangan berbeza akan menyebabkan sistem immunisasi wanita berkenaan rosak dan menjadi lemah.
[...]
Makan  daging babi boleh menyebabkan seseorang itu bekerja kuat,  tapi tidak  boleh berfikir. Pemikirannya akan menjadi lemah, kerana  perutnya  terpaksa bekerja keras untuk memecahkan molekul-molekul  kompleks.
[...]
Tabiat  makan daging babi didapati boleh melemahkan keupayaaan  seseorang untuk  berfikir, dan juga melemahkan keinginannya untuk  mempunyai perasaan  bangga dengan dirinya sendiri. Ia menghilangkan  semangatnya.
Pengacara: Adakah ini satu fakta? 
Jamal Al-Din Ibrahim: Ianya memang benar. 
Pengacara: Pemakan babi tidak mempunyai semangat patriotik? 
Jamal Al-Din Ibrahim: Ini  telah dibuktikan  secara saintifik. Ia merendahkan kandungan serotonin  dalam badan, yang  berfungsi melancarkan aktiviti dan meningkatkan  perasaan banggga  seseorang, dan mungkin juga menambah keceriaan  seseorang. Apabila  hormon ini berada dalam badan, seseorang itu akan  menjadi ceria, tetapi  daging babi pula mengurangkan kandungan serotonin  ini. Seorang pemakan  babi boleh menggunakan otot-ototnya untuk bekerja,  tetapi bukan  otaknya.
[...]
Beberapa orang doktor  telah berjaya memperolehi keputusan  cemerlang dalam mengubati masalah  impoten dengan hanya menyuruh  pasakit-pesakit menyimpan jambang dan  janggut yang panjang.
Pengacara: Subhanallah!
Jamal Al-Din Ibrahim: Menyimpan  jambang dan  janggut menggalakkan penghasilan testosteron. Apabila  seseorang yang  menderitai masalah impoten dan ereksi menyimpan janggut  dan jambang,  kandungan testosterone akan bertambah... Mereka mengukurnya  dalam  ukuran mikrogram, dan mendapati tahap testosteron meningkat di  kalangan  lelaki yang menyimpan janggut dan jambang. 
Interviewer: Subhanallah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.