Taqiyah          (dissimulation) adalah satu prinsip yang diyakini oleh syiah Imamiyah.           Berpegang kepada taqiyah adalah wajib bagi setiap penganut Syiah.  Ianya adalah satu sikap yang menyembunyikan kebenaran yang          (kononnya) jika didedahkan akan membawa kemusnahan diri atau agama seseorang          Syiah.[28]  Pada mulanya taqiyah dilakukan kerana takut terjadinya penindasan          dari pihak pemerintah.  Tetapi          selanjutnya diamalkan untuk menipu, berbohong dan seterusnya untuk menghalalkan          sesuatu yang haram atau sebaliknya.
Orang-orang          Syiah akan menyamar sebagai Ahli Sunnah secara taqiyyah untuk memerangkap          Ahli Sunnah yang kurang faham akan agama mereka.           Tujuannya supaya dapat dirosakkan fahaman, akidah dan amal ibadahnya.
Abu          Ja'far berkata: 
"Taqiyah          adalah agamaku dan agama nenek moyangku.           Dan tidak beragama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyah".[29]           
Abdullah          berkata:  
"Wahai          Abu 'Umar!  Sesungguhnya sembilan          persepuluh dari agama terletak pada taqiyyah, tidak beragama bagi sesiapa          yang tidak bertaqiyyah pada segala sesuatu, kecuali arak dan menyapu sepatu".[30]           
Diriwayatkan          dari Ali bin Muhammad:   
"Wahai          Daud!  Sekiranya kamu mengatakan          bahawa orang yang meninggalkan taqiyah sama seperti orang yang meninggalkan          solat, maka sesungguhnya betullah kata-katamu itu".[31]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.