Siri 4:
KITAB-KITAB TERPENTING SYI'AH DISEMBUNYIKAN
Walaupun 'ulama'-'ulama' kita dahulu tidak menemui kitab-kitab terpenting Syi'ah seperti Tafsir Al-Qummi, Hayatu Al-Qulub, Al-Kafi dan Awa'ilu Al-Maqalat, dan mereka hanya menemui kitab-kitab yang kedudukannya tidak setinggi kitab Al-Kafi dan kitab-kitab yang tersebut di atas, namun begitu berdasarkan sebuah dua kitab yang ditemui, mereka telah menulis berjilid-jilid kitab untuk menjawab tuduhan yang ditaburkan oleh golongan Syi'ah di dalam buku-buku tersebut. Umpamanya al-Imam Ibn Taimiyyah telah menulis kitab Minhaju As-Sunnah (sebanyak 4 jilid) semata-mata untuk menjawab sebuah buku Syi'ah yang telah sampai ke tangan beliau iaitu Minhaju Al-Karamah.
Daripada tulisan-tulisan beliau dan juga tulisan-tulisan 'ulama' lain sebelum dan selepas beliau, kita dapat mengesan bahawa kitab-kitab penting Syi'ah tidak sampai ke tangan mereka. Walaupun begitu berdasarkan beberapa buah buku Syi'ah dan fahaman-fahaman Syi'ah yang disebarkan dengan cara yang lain secara diam-diam, mereka tidak teragak- agak untuk mengkafirkan Syi'ah Imamiyyah.
BUKU-BUKU KRITIK TERHADAP SYI'AH TULISAN 'ULAMA' DAHULU
Para 'ulama' Islam dahulu bukan sahaja mengkritik Syi'ah secara lisan malah mereka telah membuktikan ketidaksetujuan terhadap Syi'ah melalui tulisan-tulisan yang mengkritik Syi'ah secara khusus. Di antara 'ulama' Islam dahulu yang telah menulis kitab khusus bagi mengkritik Syi'ah bahkan mengkafirkannya, ialah:-
1. Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (wafat 728) dengan kitabnya Minhaju As-Sunnah An-Nabawiyyah. Di dalam kitab tersebut Imam Ibn Taimiyyah telah menulis bahawa ajaran Syi'ah Imamiyyah Ithna Asyariyyah adalah berasal daripada ciptaan orang-orang zindiq dan munafiqin yang telah dihukum oleh Sayyidina 'Ali bin Abi Talib r.a. semasa hayatnya. Di antara mereka ada yang telah dibakar oleh beliau, ada pula yang dihukum bunuh tetapi sempat mereka melarikan diri dari menerima hukuman tersebut dan ada pula yang diancam oleh beliau dengan hukuman sebat sebagaimana yang dapat diketahui daripada sejarah.
2. Jalaluddin as-Suyuti (wafat 911 H) di dalam kitabnya Miftahu Al-Jannah Fi Al-I'tishami Bi As-Sunnah.
3. Mirza Makhdum, pengarang kitab An-Nawaqidh. Kitab beliau ini telah diringkaskan oleh Syeikh Barzanji dan diberi nama kitab Nawaqidh Ar-Rawafidh.
4. Syeikh 'Ali al-Hiiti, pengarang kitab As-Saifu Al-Baatir.
5. Allamah Mahmud al-Alusi (wafat 1270 H) pengarang kitab Tafsir Ruhu Al-Ma'ani dengan kitabnya Al-Ajwibatu Al-'lraqiyyah Ala Al-As'ilati Al-Iraniyyah. Kitab kedua beliau ialah Nahju As- Salaptah Ila Mabahithi Al-Imamah. Kitab ketiga beliau tentang Syi'ah ialah Al-Ajwibatu Al-'lraqiyyah 'An Al-As'ilati Al- Lahoriyyah.
6. Syeikh al-Bandaniji dengan kitabnya Al-Ajwibah 'Ala Al-As 'ilati Al-Lahoriyyah.
7. Syeikh 'Utsman bin Sanad dengan kitabnya As-Sharimu Al- Qirdhab Fi Nahri Man Sabba Akabira Al-Ashab (Pedang Yang Sangat Tajam Di Tengkuk Orang Yang Memaki Sahabat-Sahabat Agung)
8. Syeikh 'Abdullah al-Baitusyi yang digelar"Sibawaih Yang Kedua" salah seorang tokoh 'ulama' Kurdi dengan kitabnya Hadiqatu As- Sara'ir dan syarahnya.
9. Syeikh Ibn Hajar al-Haitsami al-Makki (wafat 973 H) dengan kitabnya As-Shawa'iqu Al-Muhriqah Fi Ar-Raddi 'Ala Ahli Al- Bidai' Wa Az-Zandaqah (Petir Yang Membakar Golongan Ahli Bid'ah Dan Zindiq)
10. 'Allamah Mahmud Syukri al-Alusi (wafat 1924 M) cucunda kepada 'Allamah Mahmud al-Alusi pengarang kitab tafsir Ruhu Al-Ma 'ani telah menulis buku untuk mengkritik Syi'ah selain dari buku Mukhtasar Tuhfah Ithna 'Asyariyyah iaitu ringkasan kepada kitab Tuhfah Ithna 'Asyariyyah oleh Syah 'Abdul 'Azizad-Dihliwi. Beliau telah menulis buku-buku yang bernama:-
a. Sa 'adatu Ad-Darain Fi Syarhi Haditsi Ath-Thaqalain
b. Sabbu Al- 'Azab 'Ala Man Sabba Al-Ashhab (Curahan Azab Ke Atas Orang Yang Memaki Sahabat)
11. Syah Waliyyullah (wafat 1176 H) dengan bukunya:-
a. Qurratu Al- 'Ainain Fi Tafdhili As-Syaikhain
b. Izalatu Al-khafa’an Klilafati Al-Khulafa’
c. Al-Majmu'atu As-Saniyyah
12. Syeikh Ahmad as-Sarhindi (wafat 1034 H) yang dikenali sebagai Mujaddid Alfi ath-Thani juga telah menulis sebuah risalah dalam bahasa Farsi bernama Raddi Rawaafidh.
Selain dari itu ada ramai lagi 'ulama'-'ulama' Islam yang telah mengangkat penanya untuk menentang dan memadamkan fitnah yang dinyalakan oleh Syi'ah di dalam masyarakat Islam dahulu.
Jika diperhatikan tulisan-tulisan 'ulama' Islam yang mengkritik Syi'ah atau menjawab soalan-soalan yang ditimbulkan oleh mereka melalui tulisan-tulisan mereka kita akan mendapati ia bermula lebih kurang pada abad ke-6H dan abad-abad selepasnya. Adapun pada abad-abad sebelumnya kitab-kitab Syi'ah itu langsung tersembunyi atau jika adapun terlalu sedikit dan tidak sempat sampai ke tangan semua 'ulama' Islam pada masa itu. Kerana itulah 'ulama'-'ulama'- Islam sebelumnya tidak menulis kitab khusus untuk menentang Syi'ah atau menjawab persoalan- persoalan yang ditimbulkan oleh mereka. Para 'ulama' Islam hanya mengeluarkan pendapat atau fatwa tentang orang-orang Syi'ah berdasarkan amalan dan perkataan mereka semata-mata atau mereka menghukum berdasarkan beberapa peribadi yang dianggap atau dikenali sebagai Syi'ah pada zaman masing-masing.
Ringkasnya golongan Syi'ah lebih menonjol di zaman ummat Islam berada dalam arus kejatuhan dan lebih menyatakan belangnya pada ketika ummat Islam terlalu lemah atau hilang langsung kekuasaan mereka termasuklah di zaman kita ini. Kerana itulah kalau dilihat di dalam sejarah umpamanya sejarah benua kecil India dan Iraq kita akan dapati terlalu banyak kitab-kitab Syi'ah disebarkan namun begitu kitab-kitab seperti,Al-Kafi Hayatu Al-Qulub, Majalisu Al-Muminin, Jila'u Al-'Uyun, Biharu AI-Anwar dan sebagainya tidak tersebar hatta ke zaman Syah Waliyyullah. Ia tersebar dan baru sampa ke tangan 'ulama' Islam selepas beliau iaitu di zaman anakanda beliau Syah Abdul Aziz, seperti yang diceritakan oleh Maulana Manzur Nu'mani di dalam bukunya Revolusi Iran.
Kita sendiripun dapat mengesan bahawa kitab-kitab Syi'ah yang tersebut tadi tidak sampai ke tangan 'ulama'-'ulama' sebelum Syah Abdul Aziz kerana ketika mengkritik Syi'ah atau menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh Syi'ah, mereka tidak pernah menyebut nama-nama kitab-kitab yang tersebut tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.