Ahad, 20 Februari 2011

TARIKH TERDEDAHNYA KITAB-KITAB SYI’AH KEPADA UMUM





Di akhir-akhir zaman kesultanan Delhi di India, terlalu banyak buku-buku Syi'ah disebarkan, ceramah-ceramah juga dilancarkan dengan meluas oleh 'ulama'-'ulama' mereka. Maka ramailah 'ulama'-'ulama' Ahli Sunnah bangkit menentang Syi'ah dengan menulis buku-buku untuk mendedahkan ajaran Syi'ah yang sebenar dan mematahkan hujjah-hujjah mereka. Boleh dikatakan tokoh-tokoh 'ulama' Islam di India keseluruhannyatelah menulis atau memperkatakan tentang ajaran Syi'ah ini melalui tulisan-tulisan dan ceramah-ceramah umum kerana hakikat Syi'ah tidak lagi tersembunyi kepada mereka.

Di sini saya akan menyenaraikan karangan-karangan 'ulama' Sunnah di benua kecil India bagi menentang Syi'ah Imamiyyah Ithna' Asyariyyah. Buku-buku yang akan disenaraikan ini telah ditulis pengarang- pengarangnya sebelum tercetusnya lagi Revolusi Iran pimpinan Khomeini. Jadi tidaklah wajar kita mengatakan mereka terpengaruh atau terpedaya dengan politik semasa.

BUKU-BUKU KRITIK TERHADAP SYI'AH OLEH 'ULAMA'-'ULAMA' SUNNAH INDIA SEBELUM REVOLUSI IRAN

Tokoh-tokoh 'ulama' Sunnah India yang telah tampil menulis tentang Syi'ah sebelum revolusi Iran adalah seperti berikut:-

1) Hujjatul Islam Maulana Muhammad Qasim an-Nanutwi, pengasas Darul Ulum Deoband (wafat 1297 H). Beliau telah menulis sebuah buku untuk menjawab tuduhan-tuduhan Syi'ah terhadap Ahli Sunnah di samping mendedahkan kekarutan ajaran mereka. Bukunya bernama

"Hadiyyatu Asy-Syi 'ah ".

2) Faqihu an-Nafs Maulana Rashid Ahmad Gangguhi (wafat 1323 H) pengarang kitab "Lami 'u Ad-Darari Syarah Shahih Al-Bukhari "(10 Jilid) telah menulis sebuah buku untuk mengkritik Syi'ah bernama

"Hidayatu As-Syi 'ah ".

3) Syeikh Khalil Ahmad as-Saharanpuri (wafat 1346 H) pengarang kitab "Bazlul Majhud Syarah Sunan Abu Daud" (20 jilid) telah menulis dua buah kitab bagi menjawab persoalan Syi'ah dan mendedahkan kekufuran mereka iaitu "Mithraqatu Al-Karamah 'Ala Mirati Al- Imamah" dan "As-Su 'al 'An Jami7 'ulama' As-syi'ah".

4) Syah Abdul Aziz yang digelarkan Musnadul Hind (wafat 1239 H) telah menulis sebuah kitab bagi menjelaskan kekarutan Syi'ah bernama "Tuhfah Ithna 'Asyariyyah".

5) As-Syeikh al-'Allamah Muhammad bin Ahmadullah at-Thanwi (wafat 1296 H) juga pernah menulis sebuah kritik terhadap fahaman Syi'ah bernama Tafdhilu Al-Khatanain.

6) Maulana Ihtishamuddin Muradabadi menulis buku bernama Nashihatu Asy-Syi 'ah.

7) Maulana Abdul Syakur yang dianggap sebagai Imam Ahli Sunnah di India telah menulis beberapa buah kitab tentang Syi'ah:-

(1) Tarikh Mazhab Syi'ah (Sejarah Ugama Syi'ah)

(2) Tuhfa-e Khilafah (Cenderamata Khilafah)

(3) Tuhfa-e Ehli Sunnat (Cenderamata dari Ahli Sunnah)

8) Asy-Syeikh al-Mufassir al-Qadhi Tsanaullah Panipati (wafat 1225 H), pengarang Tafsir Mazhari ( 10 jilid) telah menulis beberapa buah buku untuk menolak ajaran Syi'ah, antara lain:-

i) As-Saifu Al-Maslul

ii) Risalah Fi Hurmati Al-Mut 'ah

9) Nawaab Muhsinul Mulk (wafat 1325 H) seorang mujtahid Syi'ah yang telah meninggalkan ajaran Syi'ah dan menjadi Ahli Sunnah telah menulis sebuah buku untuk membongkar kekarutan ajaran Syi'ah bernama Aayat Bayyinat (2 jilid).

10 Dan lain-lain lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.