Selasa, 18 Januari 2011

Bagaimana mengira zakat wang simpanan? Apakah kaitannya dengan kadar emas?

Bukhari meriwayatkan dari abu Hurairah RA,' Rasulullah SAW bersabda:
 Barang siapa yang dikurniakan oleh Allah dengan kekayaan tetapi tidak mengeluarkan zakatnya, maka pada hari kiamat nanti ia akan didatangi oleh seekor ular jantan gondol yang sangat berbisa dan sangat menakutkan dengan dua bintik di atas ke dua matanya. Lalu melilit dan mematuk lehernya sambil berteriak, " saya adalah kesayangan mu, saya adalah kekayaanmu yang engkau timbun-timbunkan dulu", Nabi kemudian membaca ayat ' Janganlah orang-orang yang kikir sekali dengan kurnia yang diberikan Allah kepada mereka itu mengira bahawa tindakannya itu baik bagi mereka. Tidak, tetapi buruk bagi mereka; segala yang mereka kikirkan itu dikalungkan dileher mereka nanti pada hari kiamat."


Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah.


Emas adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.
At- Taubah; ayat 34-35
 

Zakat emas dikira dalam dua keadaan.
1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 20 keping dinar(20 x 4.25g)= 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
 
Nilai dinar pada 18 Jan 2011 = RM640. Maka jumlah nisab zakat   tidak kurang 20 keping dinar. 20 dinar x RM640 = RM 12800

Contoh : RM12800 x 2.5%
Jumlah zakat = RM320


* Pengiraan zakat wang  simpanan pun sama seperti di atas asalkan jumlah wang simpanan tidak kurang RM12800 ( hanya untuk 18/1/2011)dalam satu tahun qamariah(taqwim Islam)
 
2. Emas yang dipakai
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.
Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram – 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 140)
= RM 350
Rujukan : zakat.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.