Jumaat, 28 Januari 2011

ALIRAN-ALIRAN SYI'AH

Mulai sekarang saya akan menerbitkan secara bersiri buku “ Syi’ah Rafidhah ; Di antara kecuaian ulama dan kebingungan ummah” karangan Maulana Asri Yusoff
Siri 3:
ALIRAN – ALIRAN SYI’AH
Siapakah Syi'ah?
Syi'ah ialah golongan yang mendakwa Sayyidina' Ali lebih utama daripada sahabat-sahabat lain. Inilah perkara pokok yang membezakan golongan Syi'ah daripada golongan-golongan Islam yang lain. Soalnya, adakah semua Syi'ah mempunyai fahaman sekadar yang tersebut itu atau di samping mempunyai fahaman itu ia juga mempunyai fahaman-fahaman lain yang menyentuh 'aqidah dan cabang yang berbeza dari golongan- golongan Islam yang lain?
Apabila diperhatikan persoalan ini maka akan timbullah di hadapan kita beberapa banyak aliran di dalam Syi'ah itu sendiri yang pada dasarnya masing-masing mempunyai konsep yang tersebut di atas. Tetapi aliran- aliran itu berbeza antara satu dengan yang lain kerana wujudnya fahaman- fahaman atau ajaran-ajaran yang saling berbeza. Lantaran perbezaan di dalam ajaran dan fahaman itulah maka Syi'ah terbahagi kepada beberapa kumpulan. Antara lain ialah:-
1.    Syi'ah Tafdhiliyyah
laitu Syi'ah yang mengutamakan Sayyidina 'Ali r.a. daripada sahabat- sahabat yang lain termasuk Sayyidina 'Utsman r.a. (tidak termasuk Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina 'Umar r.a.), tanpa mengkafir, memaki atau menaruh kebencian terhadap mereka semua.

2.    Syi'ah Saba'iyyah
laitu Syi'ah yang memaki dan mengkafirkan sahabat-sahabat kecuali sebahagian kecil dari mereka seperti Salman al-Farisi, Abu Dzar, Miqdad dan 'Ammar bin Yasir r.a. Mereka berlepas diri (memutuskan hubungan kasih sayang) daripada para sahabat yang lain daripada mereka ini. Selain dari itu, mereka juga berkeyakinan tentang raj'ah (kebangkitan semula 'Ali dan para imam sebelum qiamat untuk menjalankan hukuman ke atas orang-orang yang menyelewengkan ajaran agama yang sebenar di permulaan Islam)

Syi'ah Ghulat
laitu Syi'ah yang mempercayai ketuhanan 'Ali r.a. di samping kepercayaan-kepercayaan karut lain yang terdapat di dalamnya. Syi'ah Ghulat ini terbahagi pula kepada 24 golongan, di antaranya ialah Syi'ah Mufadhdhaliyyah, Syi'ah Sarighiyyah, Syi'ah Janahiyyah, Syi'ah Bayaniyyah, Syi'ah Imamiyyah dan lain-lain.
Kemudian Syi'ah Imamiyyah itu terbahagi pula kepada 39 golongan. Di antaranya ialah al-Hasaniyyah, a!-Baqiriyyah, al-Ithna 'Asyariyyah, asy-Syaitaniyyah, as-Salimiyyah, al-Isma'iliyyah dan lain-lain lagi. Oleh kerana buku ini ditulis untuk menjelaskan kedudukan Syi'ah Imamiyyah Ithna 'Asyariyyah, maka tumpuan yang utama akan diberikan kepada Syi'ah ini dalam perbicaraan akan datang kerana kekeliruan yang timbul di dalam masyarakat sekarang ini ialah berhubung dengan Syi'ah Imamiyyah Ithna "Asyariyyah. Syi'ah inilah yang dipertikaikan oleh para 'ulama' di setiap tempat pada masa ini kerana ramainya bilangan mereka dan kedudukan mereka yang semakin popular terutama selepas tercetusnya revolusi di Iran.         
SYI'AH IMAMIYYAH ITHNA'ASYARIYYAH
Syi'ah Imamiyyah Ithna 'Asyariyyah ialah Syi'ah yang mempercayai keimaman dua belas orang imam secara berturut seperti di bawah ini:-
1.      'Ali bin Abi Talib (wafat 40 H)
2.        Hasan bin 'Ali (wafat 50 H)
3.        Husain bin'Ali (wafat 61 H)
4.        'Ali Zainal 'Abidin bin Husain (wafat 94 H)
5.       Muhammad al-Baqirbin 'Ali Zainal 'Abidin (wafat 117 H)
6.       Ja'far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir (wafat 148 H)
7.       Musa al-Kazim bin Ja'far as-Sadiq (wafat 183 H)
8.       'Ali Ar-Ridha bin Musa Kazim (wafat 202 H)
9.        Muhammad al-Jawaad bin 'Ali ar-Ridha (wafat 220 H)
10.   'Ali bin Muhammad al-Jawaad (wafat 254 H)
11.   Hasan bin 'Ali al-'Askari (wafat 260 H)
12.   Muhammad bin Hasan al-'Askari al-Mahdi (ghaib 260 H)
Mereka percaya Imam Kedua Belas telah ghaib dan ia akan muncul kembali ke dalam masyarakat setelah dunia ini dipenuhi dengan kezaliman dan kekacauan. Mereka juga percaya kepada al-bada’,  ar-raj'ah, tahrif al-Qur'an, kemurtadan para sahabat termasuk Sayyidina Abu Bakar, 'Umar, 'Utsman r.a. dan sahabat-sahabat besar Rasulullah s.a.w. yang lain, 'ismah para imam dan lain-lain. Biasa juga Syi'ah ini disebut sebagai Syi'ah Imamiyyah atau Ja'fariyyah sahaja. Syi'ah ini juga dikenali sebagai Rafidhah kerana fahaman-fahaman dan 'aqidah-aqidahnya yang melampau.
SIKAP 'ULAMA' ISLAM DAHULU TERHADAP SYIAH IMAMIYYAH ITHNA 'ASYARIYYAH
Golongan Syi'ah di zaman keagungan Islam ketika mana masyarakat Islam terdiri daripada ahli-ahli ilmu dan orang-orang soleh, tidak menyatakan belang mereka di hadapan umum. Mereka selalu melaksanakan syiar-syiar mereka secara tersembunyi secara taqiyyah (nifaq). Selain dari itu golongan Syi'ah juga menjaga kitab-kitab tulisan 'ulama'-'ulama' mereka daripada terdedah kepada umum kerana bimbangkan kemarahan dan kritikan terbuka dari 'ulama' Islam terhadap mereka. Hakikat ini disebut oleh Syeikh Manzur Nu'mani di dalam bukunya Revolusi Iran (Irani Inqilab. halaman 23);
"Kitab-kitab pokok Syi'ah tidak sampai ke tangan ulama'-'ulama' Islam waktu itu. Para ulama' Islam hanya mengetahui tentang Syi'ah melalui beberapa buah buku tulisan ulama' Syi'ah yang terlepas ke tangan mereka atau melalui sikap sesetengah kalangan Syi'ah pada masa itu."
Walaupun begitu, berdasarkan maklumat yang sampai kepada mereka, para 'ulama' Islam telah pun menghukum Syi'ah sebagai golongan yang terkeluar dari Islam. Mereka menghukum Syi'ah demikian hanya kerana beberapa sebab yang diketahui secara pasti tentang Syi'ah. Umpamanya Syi'ah mengkafirkan para sahabat terutamanya sahabat Rasulullah s.a.w. yang agung seperti Sayyidina Abu Bakar, 'Umar, 'Utsman, 'Abdul Rahman I'in 'Auf r.a. dan lain-lain atau kerana Syi'ah mempercayai raj'ah. Kerana ifu anda dapat melihat umpamanya di dalam tulisan al-Imam Ibn Hazm al- Andalusi (wafat 457 H) kenyataan beliau bahawa Syi'ah bukan Islam kerana mereka mempercayai al-Qur'an yang ada pada masyarakat Islam telah ditukar gantikan isinya dengan ditambah sesuatu yang bukan berasal daripadanya dan dikurangkan sebahagian yang besar daripada kandungannya. (Al-Fishalu Fi Al-Milal Wa Al-Ahwa'i Wa An-Nihal, jilid 4, halaman 182)


Di satu tempat yang lain beliau menulis; "Golongan Rafidhah bukan Islam .... la adalah satu golongan yang mengikut jejak langkah Yahudi dan Kristian dalam pembohongan dan kekufuran." (Ibid, jilid2, halaman 78)
Imam Abu Zur'ah (wafat 264 H) berkata: "Bila engkau melihat seseorang memburuk-burukkan seseorang sahabat Rasulullah s.a.w. maka ketahuilah bahawa sesungguhnya orang itu zindiq (orang yang lahirnya kelihatan Islam tetapi hakikatnya kafir), kerana Rasulullah s.a.w. di sisi kita benar, al-Qur'an juga benar. Al-Qur'an dan sunnah Rasulullah s.a.w. telah disampaikan kepada kita hanya oleh para sahabat Rasulullah s.a.w. Mereka mahu mencacatkan saksi-saksi kita dengan tujuan untuk membatalkan (menimbulkan keraguan terhadap) ajaran al-Qur'an dan as- Sunnah itu sendiri. Oleh kerana tujuan mereka begitu, maka merekalah yang perlu dicacatkan dan mereka adalah golongan zindiq." (Al-Khatib al-Baghdadi, Al-Kifayah Fi Ma'rifati 'llmi Ar-Riwayah, halaman 49)
Imam Ibn al-Mubarak berkata bahawa Abu Msmah bertanya Imam Abu Hanifah, "Dari siapakah tuan akan menyuruh saya menerima hadits- hadits?" Beliau berkata: "Terimalah hadits dari semua walaupun dari golongan ahli bid'ah yang sederhana dalam fahamannya kecuali Syi'ah kerana prinsip 'aqidah mereka ialah mempercayai sesatnya para sahabat
Nabi Muhammad s.a.w " (Al-Kifayah Fi Ma'rifati 'llmi Ar-Riwayah,
halaman 146)
Imam Syafi'i (wafat 204 H) berkata: "Tidak pernah aku melihat golongan yang menurut hawa nafsu, yang lebih pembohong dari golongan Rafidhah." (Al-Kifayah, halaman 49, as-Suyuti, Tadrib Ar-Rawi, jilid 1, halaman 327)
Imam Malik (wafat 179 H) pernah berkata ketika ditanya tentang Syi'ah: "Jangan kamu bercakap dengan mereka dan jangan kamu meriwayatkan hadits dari mereka kerana mereka selalu berdusta." (Ibn Taimiyyah, Minhaj As-Sunnah An-Nabawiyyah, jilid 1, halaman 16)
Imam Ibn al-Mubarak (wafat 181 H) berkata: "Agama itu bagi ahli hadits, percakapan dan putar belit bagi ahli falsafah dan pembohongan bagi golongan Syi'ah." (Az-Dzahabi, Al-Muntaqa, halaman 68)
Imam Thahawi (wafat 321 H) berkata: "Kita (Ahlu as-Sunnah wa al- Jama'ah) mengasihi para sahabat Rasulullah s.a.w. Kita tidak melampau dalam mengasihi sesiapa pun dari mereka. Kita tidak berlepas diri dari mana-mana sahabat (tidak menyatakan kebencian terhadap mereka). Kita membenci sesiapa yang membenci para sahabat dan tidak menyebut para sahabat dengan baik. Kita tidak menyebut sahabat melainkan dengan kebaikan. Kasih kepada mereka merupakan agama, iman dan ihsan, dan benci kepada mereka adalah kekufuran, nifaq dan kederhakaan." (At- Thahawi, Syarhu Al- 'Aqidati At-Thahawiyyah, halaman 545)
Imam Ahmad (wafat 241 H) berkata: "Tidak harus bagi seseorang Islam memburuk-burukkan para sahabat Rasulullah s.a.w. Sekiranya ada sesiapa melakukan demikian maka wajiblah ia didera!" Beliau juga pernah berkata: "Apabila kamu melihat seseorang memburuk-burukkan seseorang sahabat, maka raguilah keislaman dan keimanannya." (As-Sharimu Al- Maslul, halaman 568 dan Mufti Muhammad Syafi', Maqami Sahabah, halaman 118)
Hafiz Shamsuddin az-Dzahabi (wafat 748 H) di dalam bukunya Mizan Al-l'tidal (jilid 1 halaman 4) jelas mengatakan bahawa golongan Syi'ah telah diresapi oleh fahaman "rafdh" (fahaman yang bencikan Sayyidina Abu Bakar dan 'Umar r.a.). Memburuk-memburukkan Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina 'Umar serta menyeru orang lain kepadanya sudah menjadi agama mereka, oleh itu golongan ini tidak boleh lagi dipercayai. Tidak ada seorang pun dari mereka yang benar. Berbohong, mengada- adakan sesuatu secara tidak benar sudah menjadi syiar mereka. Taqiyyah dan nifaq sudah menjadi selimut mereka. Oleh itu di dalam keadaan sifat- sitat mereka sebegini, bagaimanakah riwayat mereka boleh diterima? Sikap mereka yang melampau seperti ini tidak wujud di kalangan salaf mereka."

Kemudian Imam Dzahabi menulis lagi; "Syi'ah Ghulat (Syi'ah pelampau) di zaman kita ialah Syi'ah yang mengkafirkan para sahabat agung Rasulullah s.a.w. dan berlepas diri daripada Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar r.a. Dengan itu golongan ini adalah golongan yang sesat dan golongan yang menimbulkan kekarutan."
Hujjatu al-Mutakallimin Abu al-Muzaffar al-Isfiraini (wafat 471 H) di dalam At-Tabshir Fi Ad-Din (halaman 24-25), Qadhi Tyadh al-Maliki (wafat 544 H) dalam As-Syifa Fi Ta'rifi Huquqi Al-Mustafa (jilid 2, halaman 286-291), Syeikh 'Abdul Qadir Jailani (wafat 561 H) di dalam kiiabnya Ghunyah At-Talibin (jilid 1, halaman 87 dan 90), Mulla 'Ali al- Qari (wafat 1014 H) di dalam Syarah Al-Fiqh Al-Akbar (halaman 163),
'Allamah Bahrul 'Ulum al-Lucknowi (wafat 1225 H) di dalam kitabnya Fawatihu Ar-Rahamut (jilid2, halaman 97), Ibn 'Abidin as-Syami (wafat 1260 H) di dalam kitab Raddu Al-Muhtar (jilid 3, halaman 46, Bab Al- Muharramat), 'Allamah Mahmud al-Alusi (wafat 1270 H) di dalam tafsirnya Ruhu Al-Ma'ani (jilid 26, halaman 116, Tafsir Surah al-Fath, ayat 29), Muhammad Anwar Syah al-Kasymiri (wafat 1302 H) di dalam Faidhu Al-Baari (jilid 1 halaman 120) dan Syah Waliyyullah ad-Dihliwi (wafat 1176 H) di dalam bukunya Tafhimat llahiyyah. Semua mereka yang tersebut tadi telah mengeluarkan Syi'ah yang mengkafirkan sahabat daripada lingkungan Islam.
Syah Waliyyullah menyebut bahawa salah satu perkara yang menyebabkan Syi'ah Imamiyyah Ithna 'Asyariyyah terkeluar dari Islam ialah kepercayaan mereka kepada keimamam dua belas imam, yang bermakna mereka telah menolak 'aqidah "Khatmi an-Nubuwwah" walaupun mereka mendakwa mengakui Rasulullah s.a.w. sebagai "Khatamu al-Anbiya". (Tafhimat llahiyyah, halaman 244)
* «
Syah 'Abdul 'Aziz ad-Dihliwi telah mengkafirkan Syi'ah dan beliau berkata: "Sesungguhnya orang yang tidak mengkafirkan mereka adalah orang yang tidak mengetahui 'aqidah mereka." Beliau juga berfatwa demikian. (Faidhu Al-Baari, jilid I, halaman 120)
Selain dari itu, terdapat ramai lagi 'ulama' di setiap zaman yang mengkafirkan Syi'ah dan mengeluarkan mereka dari daerah Islam kerana 'aqidah-'aqidah seperti 'aqidah Tahrif al-Qur'an, 'aqidah Bada', 'aqidah Mengkafirkan Para Sahabat Agung Rasulullah s.a.w., dan 'aqidah Imamah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.