Penjelasan Sains : Seks, Babi & Janggut

Berikut ini adalah petikan temubual dengan Dr. Jamal Al-Din Ibrahim, seorang professor toksikologi dari California University, yang disiarkan dalam TV Al-Rahman/Al-Rawdha, pada Disember 2, 2010:
Pengacara:  Seperti  yang kita tahu, Barat mahu mengubah wanita jauh dari  kesuciannya,  kewanitaannya, dan kemulian yang dianugerahkan oleh Islam  kepadanya,  kepada kehidupan Barat, kepada lesbianism, kepada "Kenapa  wanita tidak  boleh memiliki ramai suami?", kepada "Kenapa wanita tidak  boleh  menikmati seks bebas sebelum kahwin?", kepada "Kenapa tidak boeh   difokuskan pada wanita sahaja, seperti di Barat – supaya wanita boleh   bersama wanita, tanpa memerlukan lelaki, dan lelaki boleh bersama   lelaki, tanpa memerlukan wanita?" Ini adalah isu-isu yang merbahaya.   Adakah sains mempunyai penjelasan dalam hal-hal seperti ini?
Jamal Al-Din Ibrahim: Berhubung   dengan persoalan wanita, masyarakat Amerika sendiri mengakui bahawa   wanita di Amerika mempunyai kurangnya hak-hak berbanding lelaki. Sebagai   contoh: Apabila seorang wanita itu berkahwin, beliau akan menggunakan   nama keluarga suaminya, dan membuang nama keluarganya sendiri. Jika dia   mengahwini A, dia akan menjadi Mrs. A. Sebelum revolusi saintifik, dan   sebelum adanya mesin-mesin, seorang wanita itu akan menjadi hamba  kepada  suaminya. Beliau tidak mempunyai apa-apa hak langsung. Ini  berlaku  kurang dari 250 tahun yang lampau.
Situasi   ini berkembang apabila wanita diperlukan untuk membantu lelaki dalam   kehidupan moden. Akibatnya, wanita menjadi semakin maju dalam banyak   aspek, tetapi masih ketinggalan dalam hal tentang perlunya nama keluarga   mereka dibuang.
Keduanya,   wanita di Amerika dipergunakan seperti barangan. Wanita dilihat  sebagai  barang. Jika seorang wanita itu cantik, maka beliau mempunyai  harga dan  status tertentu dalam masyarakat. Di universiti pun,  professor akan  memberi markah yang lebih baik kepada yang cantik  berbanding yang biasa.  Dalam pengiklanan, wanita yang mempunyai susuk  badan yang lebih menawan  akan memenangi harga yang lebih tinggi.
[...]
Sewaktu   saya masih menuntut di sebuah universiti, sekitar tahun 1975-1977,   mereka menjalankan kaji selidik yang menunjukkan pelajar wanita Amerika,   yang secara puratanya menghabiskan masa empat tahun di universiti,   telah melakukan hubungan seks dengan 200-300 pasangan lelaki dalam   tempoh empat tahun.
Apabila   seorang wanita mengadakan hubungan seks dengan lebih dari seorang   lelaki, ia akan menjejaskan kesihatannya, kerana hubungan seperti itu   melemahkan sistem immunisasinya. 
Pengacara: Bagaimana sebenarnya?
Jamal Al-Din Ibrahim: Apabila   seorang wanita itu melakukan hubungan seks dengan lebih dari seorang   lelaki... Bila dia melakukannya dengan lelaki pertama, tubuhnya cuba   menentukan identiti sperma lelaki tersebut.
Interviewer: Sebelum siaran ini, awak dah jelaskan tentang proses identifikasi kepada saya.
Jamal Al-Din Ibrahim: Ya,   terdapat satu proses identifikasi, dan sperma itu didaftarkan dalam   tubuhnya. Ianya seperti apabila seorang itu memasuki rumah seseorang,   beliau akan dikenali, dan sama seperti kad pengenalan dihasilkan...   Lelaki ini sekarang mempunyai kedudukan istimewa. Proses ini   dikendalikan oleh sistem immunisasi. Ianya seperti apabila seorang   lelaki bekerja untuk syarikat tertentu, maka pihak syarikat ini akan   berusaha mengenali lelaki tersebut, dan memberi beliau jawatan yang   betul. Selepas itu, tubuh wanita tadi dengan mudah mengenalpasti sperma   lelaki itu, yang kini menjadi sebahagian dari wanita tersebut. Kemudian   datang lelaki lain dan mengadakan seks dengan beliau. Sekarang sistem   immunisasi terpaksa mengulangi semula proses tadi.
Pengacara: Sistem immunisasi melakukan banyak kerja untuk mengenalpasti lelaki baru tersebut.
Jamal Al-Din Ibrahim: Ianya   menjadi lebih sukar apabila terdapat dua lelaki dalam satu masa.   Wanita-wanita di sana biasa melakukannya. Mereka ada seorang, dua, atau   tiga kekasih, dan kawan lelaki. Walaupun tidak rapat, wanita ini tetap   melakukan hubungan intim dengan kawan-kawannya. Ini akan melemahkan   sistem immunisasi. 
Pengacara: Kerana terpaksa melalui terlalu banyak proses identifikasi... 
Jamal Al-Din Ibrahim: Ia   sibuk dengan identifikasi sepanjang masa akibat hubungan seks dengan   teman yang pelbagai. Apabila usia wanita itu mencecah 30an atau 40an,   dan selepas 15 tahun terlibat dengan seks, beliau mula dihinggapi   penyakit barah payudara dan barah rahim, yang mana sudah menjadi   kebiasaan di Amerika. 
Pengacara: Apakah sebabnya?
Jamal Al-Din Ibrahim: Hubungan seks dengan pasangan-pasangan berbeza akan menyebabkan sistem immunisasi wanita berkenaan rosak dan menjadi lemah.
[...]
Makan   daging babi boleh menyebabkan seseorang itu bekerja kuat, tapi tidak   boleh berfikir. Pemikirannya akan menjadi lemah, kerana perutnya   terpaksa bekerja keras untuk memecahkan molekul-molekul kompleks.
[...]
Tabiat   makan daging babi didapati boleh melemahkan keupayaaan seseorang untuk   berfikir, dan juga melemahkan keinginannya untuk mempunyai perasaan   bangga dengan dirinya sendiri. Ia menghilangkan semangatnya.
Pengacara: Adakah ini satu fakta? 
Jamal Al-Din Ibrahim: Ianya memang benar. 
Pengacara: Pemakan babi tidak mempunyai semangat patriotik? 
Jamal Al-Din Ibrahim: Ini   telah dibuktikan secara saintifik. Ia merendahkan kandungan serotonin   dalam badan, yang berfungsi melancarkan aktiviti dan meningkatkan   perasaan banggga seseorang, dan mungkin juga menambah keceriaan   seseorang. Apabila hormon ini berada dalam badan, seseorang itu akan   menjadi ceria, tetapi daging babi pula mengurangkan kandungan serotonin   ini. Seorang pemakan babi boleh menggunakan otot-ototnya untuk bekerja,   tetapi bukan otaknya.
[...]
Beberapa   orang doktor telah berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam   mengubati masalah impoten dengan hanya menyuruh pasakit-pesakit   menyimpan jambang dan janggut yang panjang.
Pengacara: Subhanallah!
Jamal Al-Din Ibrahim: Menyimpan   jambang dan janggut menggalakkan penghasilan testosteron. Apabila   seseorang yang menderitai masalah impoten dan ereksi menyimpan janggut   dan jambang, kandungan testosterone akan bertambah... Mereka mengukurnya   dalam ukuran mikrogram, dan mendapati tahap testosteron meningkat di   kalangan lelaki yang menyimpan janggut dan jambang. 
Interviewer: Subhanallah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.